Hikayat Abu Nawas merupakan sebuah karya kesusasteraan Melayu yang berunsur Islam. Setiap cerita yang terkandung dalam hikayat ini mengisahkan tentang kecerdikan dan kepintaran seorang tokoh bernama Abu Nawas dalam usaha untuk menyelamatkan diri sendiri mahupun membantu penduduk setempat. Di samping jalan ceritanya yang berunsur Islam, juga banyak terkandung humor. Banyak kajian telah dibuat terhadap hikayat ini namun kebanyakannya adalah dari aspek yang lain seperti hanya menyentuh tentang sastera Melayu secara umum dan humor dalam sastera Melayu. Tulisan ini cuba mengangkat dan merungkai kepentingan humor dalam sastera Islam yang berfokus kepada Hikayat Abu Nawas, batasan-batasan humor yang dibenarkan dalam Islam serta menganalisis teks-teks yang mengandungi humor pada watak Abu Nawas secara jelas dan mendalam.Kata Kunci: Sastera Melayu Islam, Humor, watak dan Hikayat Abu Nawas.Abstract
Hikayat Abu Nawas is a masterpiece of Islamic Malay literature. All stories contained in this hikayat tells the story of wisdom and intelligence of a character named Abu Nawas in order to save himself and help the locals. In addition, the storyline that is Islam, also contained a lot of humor. Many studies have been done on this hikayat, but most are from other aspects such as only touched on Malay literature in general and humor in literature. This paper tries to lift and dismantling the importance of humor in Islamic literature that focuses on the Hikayat Abu Nawas, humor limits permitted in Islam as well as analyzing texts containing humor in the character of Abu Nawas clearly and deeply.
Keyword: Islamic Malay literature, humor, character and Hikayat Abu Nawas.
Pendahuluan
Sastera Melayu Islam bermula seiring dengan kedatangan Islam ke nusantara. Kedatangan Islam kealam Melayu ini juga telah membawa perubahan besar dalam kesusasteraan bangsa Melayu.1 Namun sehingga kini, belum terdapat satu tarikh yang tepat mengenai ketibaan Islam ke Tanah Melayu. Namun, menurut pendapat John Crawford2 dan T.W. Arnold.3
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 1-20
Beliau mengatakan bahawa Islam datang ke negeri-negeri di Kepulauan Melayu melalui orang Arab di atas dorongan dakwah Islamiyah. Orang Arab menjadi orang tengah dalam perdagangan di antara India dan China di samping menyebarkan dakwah Islamiyah kepada orang Melayu serta menyeru mereka kepada Islam pada awal kurun Masihi.4 Snouck Hurgronje5 pula melihat golongan Muslim India sebagai pembawa Islam ke Gugusan Pulau-pulau Melayu. Beliau menegaskan bahawa Negeri-negeri Melayu lebih melihat kepada India sebagai sumber perubahan dan pembinaan budaya. Oleh itu, Islam mungkin mempengaruhi masyarakat Melayu setelah datangnya orang Islam dari Gujerat (Combay) pada abad ke-13 masihi. Teori Snouck Hurgronje ini telah disokong oleh sarjana lain seperti Morrison,6 R.A. Kern dan Van Ronkel dengan dibuktikan dengan beberapa pengaruh bahasa Tamil dalam Bahasa Melayu serta terdapat motif-motif Tamil pada ukiran-ukiran dan tulisan-tulian pada batu nisan yang pernah ditemui.7 Manakala pendapat seterusnya mengatakan bahawa Islam datang ke Tanah Melayu dari Timur. Pendapat ini dikemukakan oleh Emmannuel Godinho Eredia.8
Walaupun ketiga-tiga teori kedatangan Islam ini berbeza, namun pada umumnya teori-teori tersebut dapat menjadi petunjuk kepada permulaan pengaruh dan penerimaan Islam dalam masyarakat Melayu. Dari sudut perbincangan sejarah kebudayaan dan kesusasteraan Melayu, teori ini dapat digunakan bagi membentuk wawasan terhadap peringkat-peringkat perkembangannya.9 Fasa itu telah digariskan oleh sarjana-sarjana pengajian sastera Melayu seperti Zaman Samudera-Pasai (1280-1400), Zaman Melaka (1400-1511), Zaman Aceh (1511-1650) dan Zaman Johor-Riau (1650-1800).
Islam menyedari kepentingan sastera dan sesungguhnya al-Quran diturunkan sebagai salah satunya adalah untuk membawa masyarakat Arab yang amat menyanjung keindahan sastera pada masa itu. Demikianlah setelah tibanya dakwah Islam ke alam Melayu, Islam tidak menolak sastera tetapi menggunakannya untuk dakwah Islamiah. Kedatangan Islam tersebut telah membawa bersama-sama karya agung yang merupakan masterpiece bagi seluruh kehidupan masyarakat. Pada peringkat permulaannya sastera yang berbentuk kitab telah tersebar dan kemudiannya diikuti oleh sastera berbentuk lagenda dan kisah Nabi. Dalam proses Islamiah ini bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) yang tunggal dan ia telah terbukti sebagai media penyebaran yang berkesan pada waktu itu.10
Bentuk kesusasteraan Islam yang terhasil pada peringkat awalnya adalah pada peringkat yang mudah. Hal tersebut berlaku sesuai dengan keperluan pemahaman Islam yang menekankan
Humor Dalam Sastera Melayu-Islam: Watak-Watak Dalam Hikayat Abu Nawas
3
3
soal pembentukan akidah dan akhlak. Cerita-cerita dalam bentuk lisan merupakan sebahagian daripada hasil sastera yang pertama disebarkan.11 Menurut Ali Ahmad seorang penulis, mengatakan kesan terbesar daripada pengislaman masyarakat melayu ialah dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu.12 Dengan terciptanya tulisan Jawi, perkembangan kesusasteraan Melayu Islam semakin pesat dengan penghasilan karya-karya yang lebih luas skopnya. Rentetan daripada ini, maka penulisan buku-buku dilakukan secara meluas, berbeza dengan perkembangan tulisan yang amat terhad sebelum Islam.13 Hasil-hasil sastera yang dicipta pada zaman Islam mempunyai fungsi yang jelas iaitu bagi membantu usaha membentuk individu Muslim yang berakhlak mulia.14 Secara keseluruhannya, hikayat Melayu bercorak Islam merupakan karya-karya tentang watak (naratives of characters).15
Menurut Matlob di dalam hasil karyanya, bagi bangsa melayu, sastera lisan telah mengambil tempat yang pertama sebelum bermulanya sastera tulisan. Tambahan pula dalam kalangan bangsa melayu telah sedia terkenal dengan cerita-cerita jati, cerita hantu, cerita mergastua, cerita jenaka dan berbagai-bagai cerita penglipur lara.16 Dengan fakta-fakta yang telah dibincangkan, maka dapat disimpulkan bahawa “Hikayat Abu Nawas” merupakan sebuah hikayat yang berbentuk hikayat jenaka atau dipanggil juga cerita jenaka. Hikayat Abu Nawas menggambarkan Abu Nawas sebagai tokoh utama yang melakukan berbagai-bagai perbuatan kelucuan sehingga dia dapat memperdayakan Khalifah, dan orang-orang kenamaan seperti Perdana Menteri, Kadi dan para saudagar.17
Konsep Humor Dari Perspektif Islam Dan Barat
1. Konsep Humor Menurut Pandangan Islam
Sesungguhnya manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian”18
Al-Tiin 95: 4
Humor adalah sesuatu yang lucu dan kelakar, biasanya dilakukan dengan menggunakan lisan atau perbuatan yang bertujuan untuk membuat suasana menjadi hidup atau sebagai icebreaking dalam komunikasi yang membeku. Namun ia kadangkala dapat membuatkan seseorang tersinggung ataupun sakit hati. Sesuatu yang jenaka atau kelakar itu akan mewujudkan suasana yang menggelikan hati serta dapat membuatkan seseorang itu ketawa dan tersenyum.19 Dalam Islam, humor tidaklah dilarang asalkan jangan berisi olok-olok
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 1-20
sehingga menyakiti hati orang lain.20 Ini kerana Allah s.w.t melarang memperolokkan orang lain seperti yang dijelaskan dalam surah Al-Hujurat ayat 11:
Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”21
Al-Hujurat 49: 11
Demikian juga Rasulullah s.a.w telah memperingatkan kita agar tidak berkata bohong hanya kerana ingin bercanda atau ditertawakan orang lain.22 Namun demikian, humor dalam Islam tidaklah dilarang jika sesuai dengan aturan yang telah ditetapkan. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling banyak tersenyum dan tertawa di hadapan para sahabat beliau. Bahkan beliau menjadikan senyum sebagai ibadah.23 Sebagai umat Islam, seharusnya menitikberatkan setiap perilaku yang dibuat itu sesuai dengan perintah dan larangan dalam Al-Quran serta menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai Uswatun Hasanah bagi umatnya.24 Sebahagian orang menganggap humor itu tidak ada dalam agama dan menggambarkan baginda sebagai sosok tubuh yang sangat kaku dalam berinteraksi hingga tidak pernah tertawa.25 Rasulullah s.a.w melakukan humor untuk sebuah maslahat, iaitu menyenangkan hati lawan bicara dan beramah tamah dengannya.
2. Batasan dan Kaedah Fiqh Berkaitan Humor
Agama Islam membenci orang-orang yang kurang bersemangat, pemalas, dan putus asa. Sebaliknya, Islam memuji dan menyukai mereka yang bersemangat dalam menjalani aktiviti seharian, bekerja keras, bersikap optimis dan sentiasa ceria. Islam ingin mempertahankan ketenangan batin dalam diri setiap Muslim dan menjauhkan mereka dari sebarang tekanan dan sifat berputus asa melalui akhlak dan perilaku positif. Salah satu bentuk perilaku positif adalah humor, di samping sentiasa menjaga batasan-batasannya dan tidak menyinggung atau menyakiti orang lain. Berkaitan humor, adanya kaedah-kaedah tertentu dalam Islam yang perlu dijadikan panduan bagi umat Islam agar sebarang humor yang dibuat itu lebih bernilai dan kelihatan positif, serta tidak bersifat negatif seperti membuatkan hati seseorang terluka atau tersinggung. Antara kaedah-kaedah tersebut ialah:
Humor Dalam Sastera Melayu-Islam: Watak-Watak Dalam Hikayat Abu Nawas
5
5
Jangan menjadikan kebohongan dan mengada-ada sebagai alat untuk menjadikan orang lain tertawa, seperti April Mop26 di masa sekarang ini.
Jangan ada unsur-unsur penghinaan, meremehkan dan merendahkan orang lain, kecuali yang bersangkutan mengizinkannya.
Tidak boleh menimbulkan kesedihan dan ketakutan terhadap orang Muslim yang lain.
Jangan bergurau dalam situasi atau keadaan yang serius dan jangan tertawa dalam situasi semasa yang seharusnya menangis.
Islam tidak menyukai sifat berlebihan dan keterlaluan dalam segala hal, meskipun dalam urusan ibadah sekalipun.
Gurauan yang dilakukan itu hendaklah dalam batas-batas yang diterima akal, sederhana dan seimbang, dapat diterima oleh fitrah yang sihat, diredhai akal yang lurus dan sesuai dengan tata kehidupan masyarakat yang positif dan kreatif.
Konsep Humor Menurut Sarjana Barat
Jika merujuk kepada Kamus Dewan, perkataan „humor‟ telah dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:
1. Keadaan hati sama ada gembira, sedih, marah, senang hati dan lain-lain.
2. Kebolehan menangkap atau merasai sesuatu yang menggelikan hati.
3. Sesuatu yang menggelikan atau melucukan dalam cerita.27
Di samping itu, ramai dari kalangan bijak pandai telah memberikan penerangan mengenai inti pati humor secara lebih mendalam sehingga menyentuh falsafah di sebalik kelucuan yang di hasilkan oleh manusia. George Meredith28 seorang novelis dan kritik kurun ke-19 menyatakan:
“…comedy gives a sense of balance and proportion to life, that makes it possible for man to rise above his fate and to life, that makes it possible for a sense of balance and proportion to life, that makes it possible for man to rise above his fate and to accept some of his disappointment in a philosophical and often good nature”.29
Dengan itu manusia dikurniakan satu mekanisme semula jadi untuk merasai humor yang diluahkan melalui ketawa. Di mana kita dapat menukarkan masalah yang kecil, malu dan kemalangan orang lain kepada kegembiraan diri. Menurut beliau, humor sentiasa ditujukan
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 1-20
terhadap sesuatu yang menggembirakan kita dan membuatkan kita ketawa.30 Humor merupakan suatu keadaan yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Sedar ataupun tidak sebenarnya humor ini sentiasa wujud dalam setiap perbualan, tingkah laku mahupun memek muka seseorang. Secebis kata-kata hikmat Inggeris menyatakan “Life is a comedy to those who think and a tragedy to those who feel”.31 Kata-kata hikmat ini sama ada benar atau palsu telah menunjukkan kepentingan humor dalam kehidupan seharian manusia. Tanpa humor manusia tidak mungkin dapat berkekalan. Kemungkinan besar manusia akan kehilangan budi bicara jika bukan kerana kewujudan humor yang merupakan zat-zat wajib dalam kehidupan.
Humor juga boleh berlaku di mana-mana sahaja namun pengertian bagi sesuatu humor itu boleh berubah dari semasa ke semasa dan dari sesuatu budaya ke budaya yang lain. Tidak kira faktor-faktor lain seperti umur, seks, status ekonomi, kebudayaan dan zaman, manusia berupaya menganggap sesuatu itu melucukan dan menggembirakannya. Sesuatu yang berlaku dan dianggap melucukan banyak bergantung pada seseorang pendengar itu. Orang yang berbeza akan mempunyai cita rasa yang berbeza, begitu juga dengan kumpulan tertentu mungkin mendapati sesuatu itu melucukan tetapi tidak pada kumpulan yang lain. terdapat juga kelakar yang dianggap lucu bagi seseorang individu tertentu tetapi pada masa yang sama dianggap membosankan oleh individu yang lain. Walau bagaimanapun, keupayaan untuk menikmati dan menghayati humor adalah bersifat universal. Dalam perkataan lain, ia dikongsi sesama manusia walaupun persepsi terhadap humor berbeza.32
Ciri universal humor ini dapat dibuktikan memandangkan humor ini dapat menghiburkan hati kebanyakan orang. Rangsangan terhadap humor merupakan sebahagian daripada sifat dan keupayaan manusia seperti juga keupayaan manusia yang lain seperti bertutur, kepercayaan, moral dan juga logik. Maka dengan ini bolehlah dikatakan humor sebagai sifat semula jadi yang ada dalam diri manusia.33 Dengan ini tidak ada satu ciri nyata untuk sesuatu yang melucukan.34
Hikayat Abu Nawas
Hikayat ini merupakan sebuah karya kesusasteraan Melayu pengaruh Islam yang amat terkenal dalam masyarakat Melayu. Cerita Abu Nawas berasal daripada karya kesusasteraan Arab Klasik yang telah disadurkan ke dalam bahasa Melayu. Cerita ini pernah diterbitkan di Jakarta dan di Singapura oleh percetakan Sulaiman Mari, tanpa disebutkan tarikhnya. Walaupun hikayat ini telah disadurkan ke dalam bahasa Melayu, tetapi masih mengekalkan latar belakang tanah Arab.35 Secara umumnya, terdapat dua versi hikayat Abu Nawas dalam bahasa Melayu. Versi yang pertama berasal dari Islam-India berjudul Hikayat Abu Nawas. Versi ini pernah diterbitkan di Singapura pada tahun 1917. Versi kedua pula adalah berasal dari Arab-Parsi berjudul Cerita Abu Nawas. Versi ini pernah diterbitkan dalam bahasa Indonesia di Jakarta pada tahun 1893. Manakala satu lagi cerita Abu Nawas yang terdapat
Humor Dalam Sastera Melayu-Islam: Watak-Watak Dalam Hikayat Abu Nawas
7
7
dalam bahasa Indonesia ialah yang disusun oleh Nur Sultan Iskandar36 berdasarkan naskhah yang terdapat di Muzium Jakarta dan diterbitkan oleh Balai Pustaka, No 833. Kemudian di Tanah Melayu hikayat ini pernah diterbitkan oleh R.O. Winstedt37 dalam Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society (JSBRAS), No 11, tahun 1920 dan diterbitkan juga oleh Wan Shamsuddin pada tahun 1966.38
Di sini, perbincangan penulis hanya tertumpu dan merujuk kepada kitab Hikayat Abu Nawas yang diterbitkan oleh Wan Shamsuddin. Kitab ini sempurna diterbitkan pada tahun 1966 dan mempunyai 118 halaman mukasurat serta boleh dirujuk di Perpustakaan Utama Universiti Malaya, no rujukan PL 5108.2 HAN.Sha. Hikayat ini menggunakan struktur bahasa klasik dalam sastera Melayu. Hikayat ini merupakan kumpulan beberapa cerita yang terjadi di negara Arab pada zaman pemerintahan Sultan Harun Al-Rasyid39. Cerita-ceritanya mengandungi unsur-unsur humor dan dipenuhi dengan sindiran tajam dan pedas. Abu Nawas, sebagai watak utama, memainkan peranan penting sebagai orang yang paling bijaksana dalam menyelesaikan masalah perdayaan dan muslihat yang dikenakan ke atasnya oleh Sultan Harun Al-Rasyid. Selain itu memperlihatkan juga watak seorang sultan yang boleh hidup di dalam suasana „tipu muslihat‟ yang melibatkan beliau dengan Abu Nawas.40
Hikayat Abu Nawas ini merupakan sastera berunsur Islam yang berasal dari Asia Barat. Isinya tidak seratus peratus dongeng. Cerita ini bertujuan mencatatkan peristiwa sejarah di samping diselitkan unsur-unsur humor. Kerana itulah, semua cerita yang terkandung di dalam hikayat ini menjadi menarik dan tidak menjemukan.41 Ia juga terkenal dalam kalangan masyarakat terdahulu adalah bukan hanya disebabkan sebahagian darinya dimuatkan dalam buku-buku bacaan penuntut-penuntut di sekolah Melayu, tetapi sebab utamanya adalah kerana mutu ceritanya yang tinggi nilainya.42 Cerita-cerita humor Abu Nawas ini juga banyak diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa asing seperti Jerman, Perancis dan lain-lain bahasa di Barat.43 Selain itu, sehingga sekarang banyak tersimpan di dalam Hikayat Seribu Satu Malam yang dikumpul dan dicetak di Kaherah dalam tahun 1865.44
36
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 1-20
Di Indonesia sejak tahun 1922, cerita-cerita Abu Nawas ini telah disiarkan berturut-turut dalam Majalah Seri Pustaka,45 penerbitan Balai Pustaka.46 Cerita-cerita ini diterjemahkan dari naskhah Arab kepunyaan Yayasan Lembaga Kebudayaan Indonesia, yang akhirnya telah dibukukan pada tahun 1928 mengandungi 20 buah cerita, oleh nur Sultan Iskandar. Menurut keterangan Prof. Dr. Mr. T. S. Gunong Mulia47 dalam Ensiklopedia Indonesia Jilid 1, bahawa Hikayat Abu Nawas ini telah tertulis di Singapura dalam bahasa Melayu pada tahun Hijrah 1336. Jika dibandingkan beberapa naskhah Hikayat Abu Nawas yang ada, ternyata banyak sekali perbezaannya. Sebagaimana contoh naskhah yang diterbitkan oleh Balai Pustaka mengandungi 20 buah cerita, manakala naskhah yang dicetak di Singapura hanya terdapat 12 buah cerita sahaja. Begitu juga ada di antara cerita-cerita yang terkandung dalam naskhah penerbitan Singapura itu, tidak terdapat di dalam naskhah Balai Pustaka.
Timbulnya perbezaan-perbezaan ini adalah mungkin disebabkan oleh dasar pemilihan cerita-cerita ini. Cerita-cerita yang dipilih hanyalah yang sesuai dan baik untuk diketengahkan kepada masyarakat. Ini kerana adanya beberapa kisah Abu Nawas yang agak melampaui batas-batas kesusilaan masyarakat Melayu. Walaupun hal ini tidak menjadi suatu masalah dari sudut kesusasteraan, malah keaslian itulah yang mesti dikekalkan bagi mengkaji sedikit sebanyak nilai-nilai sastera dan kebudayaan sesuatu bangsa.
Sinopsis Hikayat Abu Nawas
Hikayat Abu Nawas menggambarkan Abu Nawas sebagai tokoh utama yang melakukan berbagai-bagai perbuatan kelucuan sehingga dia dapat memperdayakan Sultan, serta orang-orang kenamaan seperti Menteri, Kadhi dan para saudagar. Peristiwa penipuan dan kelucuan itu merupakan sebagai satu kritikan yang halus dan sindiran yang sinis terhadap Sultan Harun al-Rashid dan pembesar-pembesar kerajaan yang asyik dengan bersuka-ria dan hidup berpeleseran tanpa menghiraukan kesusahan yang dideritai oleh rakyat.
Kelemahan pemerintah di bawah pimpinan Sultan Harun al-Rashid digambarkan di dalam hikayat ini apabila Abu Nawas dengan mudahnya dapat membuat helah untuk mengelakkan hukuman daripada sultan, manakala sultan pula sentiasa akur dan mempercayai segala helah yang diutarakan oleh Abu Nawas kepadanya. Gambaran tentang kelemahan sultan juga dipaparkan bagaimana baginda lebih banyak tinggal di istana sahaja sehingga tidak dikenali oleh rakyat. Dengan sebab ini, ada suatu ketika baginda di tampar oleh seorang Yahudi yang tidak mengenalinya.48
Di samping itu, hikayat ini juga membuat teguran terhadap sikap ketidakadilan yang dilakukan oleh para pembesar negeri seperti peristiwa Kadhi yang tamak akan harta, lalu dijatuhkan hukuman merampas harta kepunyaan seorang Mesir yang telah menyatakan bahawa dia telah bermimpi berkahwin dengan anak perempuan kadhi tersebut. Oleh itu dia mengenakan mas kahwin terhadap orang Mesir itu. Apabila diadukan perbuatan tersebut kepada Abu Nawas, maka dia telah menyuruh orang memecahkan rumah Kadhi kerana dia
45 Majalah bulanan bergambar dalam bahasa Melayu (Indonesia), diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 1918, terkandung karangan-karangan bersifat sosial dan ekonomi, di samping terjemahan dan saduran karya-karya besar literature dunia, serta cerita-cerita dan syair-syair melayu (Indonesia) asli.
46 Balai Pustaka adalah sebuah perusahaan penerbitan dan percetakan milik Negara Indonesia. Ia didirikan pada tanggal 14 September 1908 beribu pejabat di Jalan Bunga no. 8-8A, Matraman, Jakarta Timur, Indonesia.
47 Todung Sutan Gunung Mulia atau nama lengkapnya Todung Sutan Mulia Harahap lahir pada tahun 1896, dan meninggal pada tahun 1966 iaitu ketika berumur 69/70 tahun. Beliau adalah Menteri Pendidikan dan
Humor Dalam Sastera Melayu-Islam: Watak-Watak Dalam Hikayat Abu Nawas
9
9
mendakwa telah bermimpi untuk berbuat demikian. Maka hal ini menyerupai tindakan Kadhi yang mengenakan mas kahwin bagi orang yang bermimpi berkahwin dengan anak gadisnya. Dengan tuduhan itu, Abu Nawas Berjaya mendapatkan kembali harta yang dirampas oleh Kadhi tersebut, dan dipulangkan semula kepada orang Mesir. Selain itu, dalam peristiwa lain Abu Nawas Berjaya bertindak terhadap pembesar-pembesar kerajaan yang menaruh perasaan dengki terhadapnya.49
Setiap jalinan cerita Abu Nawas yang dipilih dan disusun di dalam Hikayat Abu Nawas ini mempunyai banyak pengajaran dan teladan di samping aspek humor yang terdapat di dalamnya. Apa yang menarik di dalam Hikayat Abu Nawas ini adalah bagaimana pintarnya akal Abu Nawas dalam menghadapi sebarang masalah dan ujian-ujian berat yang menimpa dirinya. Sehingga kadangkala orang sekeliling yang sengaja mempermainkan dan mengolok-olokkan dia, termasuk sultan sendiri mendapat malu kerana diperdayakan oleh Abu Nawas kembali. Di sinilah terlihatnya keistimewaan sifat-sifat Abu Nawas, dan inilah juga yang mendorong masyarakat terdahulu memanggilnya dengan ungkapan “ABU NAWAS” yang juga telah termasuk dalam perbendaharaan peribahasa tua Melayu. Ungkapan ini ditujukan kepada setiap mereka yang cerdik dan pintar serta melepaskan diri dengan cara tipu muslihat yang bijak. Abu Nawas juga sebagai simbol „ahli temberang‟ di sisi masyarakat Melayu dahulu dan sekarang.50
Latar Dalam Hikayat Abu Nawas
Dalam Hikayat Abu Nawas ini terkandung beberapa latar, iaitu latar tempat, latar waktu, dan latar sosial. Ketiga-tiga latar tersebut dianalisis sebagaimana di bawah.
1. Latar Tempat
a) Negeri Baghdad
Negeri Baghdad merupakan sebuah negeri di bawah pemerintahan Sultan Harun al-Rashid.
“Tersebut-lah suatu cherita tatkala zaman Sultan Harun al-Rashid memerintah negeri Baghdad.”51
Selain itu, kota Baghdad adalah tempat pemakaman ayah Abu Nawas dan tempat di mana Abu Nawas berpura-pura gila untuk mengelakkan dirinya daripada dilantik menjadi kadhi.
“Sa-telah beberapa lama antara-nya maka bapa-nya pun kembali-lah ka-rahmatullah-ta‟ala; maka Abu Nawas pun membeli-lah batu dan nisan. Kemudian pergi-lah ia mengadap Sultan Harun al-Rashid kerana member tahu kapada baginda yang bapa-nya sudah mati. Apabila di-dengar oleh baginda akan sembah Abu Nawas itu, maka titah baginda, “Hai Abu Nawas, pergi-lah engkau tanamkan segera bapa-mu itu sa-perti adat segala kadhi.”52
“Maka tertingat-lah Abu Nawas akan wasiat bapa-nya dan akhir-nya dapat-lah ia suatu akal supaya ia tidak di-berikan pangkat itu oleh sultan. Lalu ia pun membuat
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 1-20
kelakuan seperti orang gila laku-nya. Di-ambil-nya sa-kerat batang pisang di-perbuat-nya seperti kuda, lalu di-tunggangi-nya seperti orang me-nunggang kuda dari kubor bapa-nya terus pulang ka-rumah-nya.”53
Negeri Baghdad juga merupakan tempat kegiatan penduduknya, seperti berdagang dan melakukan aktiviti keagamaan. Terdapat satu cerita tentang seorang menteri yang zalim yang tinggal di sebuah desa dalam negeri Baghdad.
“Tersebut-lah kesah sa-orang menteri yang tinggal di-sabuah desa dalam negeri Baghdad. Ia terkenal sa-bagai sa-orang menteri yang jahat perangai-nya. Tiada-lah ia boleh melihat sakalian anak isteri orang yang chantek rupa-nya; kerana jika terpandang oleh-nya, neschaya diambil-nya dengan paksa jua....”
b) Istana Sultan Harun al-Rashid
Istana merupakan suatu pusat pemerintahan Sultan Harun al-Rashid dimana sebahagian rakyatnya selalu berhubungan dengan kegiatan yang berlaku di istana tersebut.54 Sebagai contoh, istana adalah tempat untuk rakyat mengadu tentang apa sahaja permasalahan yang timbul, baik individu mahupun kelompok masyarakat dan diselesaikan segera bersama sultan dan menteri. Permasalahan yang diadukan secara individu tercermin pada diri saudagar kaya dari Kufah yang ingin bernazar seekor kambing yang lebar tanduknya satu jengkal joka Allah mengurniakan anak lelaki. Oleh sebab kambing yang dinazarkan itu tidak ditemukan, saudagar itu dating menghadap sultan harun al-Rashid di istana. Untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, sultan bertindak memanggil Abu Nawas ke istana.
Selain itu, istana juga merupakan tempat untuk sultan memberikan pendidikan kepada rakyatnya, iaitu semasa Siti Zubaida memerintah sehari untuk mengusir Abu Nawas. Contoh-contoh yang dinyatakan itu menunjukkan istana berfungsi sebagai tempat untuk membuat sesuatu keputusan bagi rakyat jelata. Selain itu, istana juga merupakan tempat untuk mendapatkan sesuatu penjelasan berkenaan ilmu agama dan pekerjaan.
c) Kampong Tukang Bubur
Kampong tukang bubur adalah sebuah tempat aktiviti penduduk yang semuanya menjual bubur. Kampong itu mempunyai sejarah yang sangat menarik iaitu tempat Abu Nawas ditangkap oleh tukang bubur untuk di masukkan ke dalam kuali bubur.55 Namun, dengan menggunakan kecerdikan akal, Abu Nawas berjaya melepaskan diri dengan menjual dan menyerahkan Sultan Harun al-Rashid sebagai penggantinya. Dengan kepintaran sultan, baginda turut berjaya meloloskan diri dengan cara membuat kopiah yang dijualkan oleh tikang bubur itu. Salah satu kopiah itu dijual kepada Menteri Lugamana. Kopiah yang dijual kepada menteri itu telah disisipi sepucuk surat yang isinya memerintahkan pasukannya untuk menyerang kampong dan membunuh semua tukang bubur yang berbuat zalim. Sultan dapat dibebaskan dari penjara tukang bubur itu.
53 Ibid., 8-9.
54 Nikmah Sunardjo, Sulistiati dan Amir Mahmud, Struktur Karya Dan Nilai Budaya Dalam H
Humor Dalam Sastera Melayu-Islam: Watak-Watak Dalam Hikayat Abu Nawas
11
11
“Pada suatu hari, berjalan-lah Abu Nawas dari sa-buah kampong. Akhirnya dia melalui sebuah kampong orang Baduwi yang sedang memasak bubur. Maka dating-lah orang2 itu menangkap Abu Nawas serta di-bawa-nya ka-dalam rumah-nya hendak di-sembeleh-nya Abu Nawas. Maka kata Abu Nawas kapada Baduwi itu, “Ada-kah engkau hendak pengapakan56 aku ini?” Sahut Baduwi itu, “ai orang muda; ada pun adat di-tempat ini, apabila ada orang melintas di-sini; neschaya ia akan di-tangkap dan di-sembeleh sa-bagai ganti kambing untok di-jadikan bubor di-masak bersama2 tepong gandum. Kemudian akan kami jualkan kapada orang. Begini-lah pekerjaan kami di-sini dan ini-lah sa-lama2-nya makanan kami.”57
Untuk melepaskan diri, Abu Nawas berkata :
“Ada pun akan badan-ku ini sangat-lah kurus dan tiada-lah berapa banyak daging-ku yang akan kau perolehi. Nanti-lah esok malam boleh aku bawakan sa-orang laki2 yang amat gemok, yang bertimbun2 daging-nya dan boleh di-makan sampai lima hari. Lepaskan-lah aku sekarang supaya boleh aku jemput orang itu!”
Sa-telah di-dengar oleh Baduwi itu aan kata Abu Nawas, lalu katanya, “Baik-lah, bawa-lah orang itu ka-mari.”
Sa-lepas bertegoh2an janji, maka Abu Nawas pun pulang ka-rumah-nya dengan sukachita-nya, kerana terselamat-lah ia dari bahaya itu.58
Kemudian Abu Nawas mencari helah untuk membawa Sultan Harun al-Rashid ke tempat tukang bubur sebagai ganti dirinya. Tujuan Abu Nawas adalah supaya sultan mengetahui akan gerak kerja rakyatnya yang jahat dan pada hemat beliau jika sultan itu cerdik, maka dapatlah baginda melepaskan diri daripada tukang bubur yang zalim itu.
“...Kemudian berjalan-lah baginda di-iringi oleh Abu Nawas berkeliling negeri Baghdad itu. Tiada berapa lama antara-nya, sampai-lah kedua-nya di-rumah orang Baduwi yang berjual bubor harisah itu. Maka baginda pun bertanya kapada Abu Nawas, “Bunyi apa-kah yang rioh-rendah di-dalam rumah orang itu?” sembah Abu Nawas, “Ya shah alam; tiada-lah patek ketahui. Izinkan-lah patek pergi melihat apa-kah sebab-nya orang rioh-rendah baik-lah tuanku berhenti penat sa-ketika di-sini dahulu.”
Maka Abu Nawas pun pergi-lah ka-tempat Baduwi menyembeleh orang itu. Sa-telah sampai maka kata-nya, “Ada pun perjanjian aku dengan engkau ia-lah hendak membawa kapada-mu orang yang gemok. Sekarang sudah-lah aku bawakan orang itu. Ia ada di-luar; mari-lah engkau terima akan dia itu!”
Akan Sultan Harun al-Rashid itu pun di-bawa oleh orang Baduwi itu ka-tempat memotong daging hendak di-kerat-nya leher baginda. Maka tahu-lah baginda yang diri-nya telah di-aniayai oleh Abu Nawas sa-kali lagi. Dengan terkejut dan hairan berkata-lah baginda, “Ada pun daging-ku ini tiada-lah berapa banyak-nya untok kau perbuat bubor harisah itu karana perolehan-nya amat sadikit. Yang baik-nya engkau
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 1-20
suroh-lah aku membuat kopiah; pada sa-hari dua buah aku boleh perbuatkan. Jikalau engkau jualkan, boleh mendapat harga-nya lebeh daripada harga bubor itu.
Pada suatu hari baginda pun membuat sa-buah kopiah yang terlebeh baik sa-kali dari hari2 yang lain. Di-dalam jahitan pada bunga kopiah itu di-ator-nya huruf sa-bagai ganti surat, menyatakan hal diri-nya kapada menteri-nya. Bunyi surat itu ada-lah demikian, “Hai Menteri-ku! Berapa juga harga-nya kopiah ini hendak-lah engkau beli; kemudian apabila dating waktu malam hendaklah engkau bawa bala tentera-ku lima ratus orang ka-kampong tukang bubor orang Baduwi ini, kerana aku terpenjara di-dalam rumah-nya.”
Mereka akhir-nya di-suroh bunoh oleh baginda kerana kelakuan-nya yang tersangat jahat itu.59
d) Desa Nakibah
Desa Nakibah adalah tempat seorang menteri yang zalim dan sering mengambil hak dan harta penduduk setempat sesuka hati. Selain itu, menteri tersebut pantang melihat wanita-wanita cantik samada anak-anak penduduk yang masih bujang mahupun isteri orang, akan di ambilnya begitu sahaja. Jika ada yang tidak menuruti keinginannya, maka hukuman akan dikenakan. Dengan bantuan Abu Nawas, menteri itu berjaya dibunuh oleh seorang pemuda.60
“Shahadan akan kesah menteri yang jahat dan zalim tingkah laku-nya itu sampai-lah kapada pengetahuan Abu Nawas. Bukan kepalang panas hati Abu Nawas mendengar-nya seraya berfikir ia di-dalam hati-nya, “Jikalau belum mati menteri itu, tiada-lah sa-kali2 aku pulang dari desa itu.”61
Untuk melunaskan hajatnya, Abu Nawas mempergunakan seorang pemuda seraya berpesan “Pada esok malam, engkau pakai pakaian chara perempuan dan engkau kenakan pula bau2an yang harum bau-nya. Kemudian engkau pergi-lah berjalan2 dekat dengan rumah menteri itu. Oleh kerana menteri itu tiada sa-kali2 boleh melihat perempuan muda yang chantek paras-nya; maka jikalau di-lihat-nya engkau, neschaya engkau di-bawa-nya masok ka-rumah-nya. Jikalau engkau sudah sampai di-hadapan rumah-nya, engkau pura2-lah menyatakan yang kaki-mu terkena duri, serta mengaduh dengan suara yang halus saperti suara orang perempuan. Sudah tentu suara-mu terdengar kapada-nya, dan ia akan mendapatkan engkau segera. Kemudian engkau berjalan sedikit2 saperti keadaan orang pinchang kaki-nya. Jikalau ia bertanyakan kamu, kena apa kamu berhenti tadi, engkau hendak-lah menjawab; bahawa engkau hendak membuang duri. Kalau ia hendak menarek kamu ka-dalam rumah-nya, engkau kata-kan-lah bahawa engkau sangat takut kapada anak isteri-nya dan hamba sahaya-nya; katakana juga engkau malu masok”.
Kemudian berpesan lagi Abu Nawas, “Jikalau sudah ia menyuroh sakalian isi rumah-nya keluar, maka baharu-lah engkau masok. Lalu engkau pura2-lah menanyakan tali apa-kah yang tergantong di-tengah2 rumah-nya itu. Tali itu ia-lah tali untok menggantong orang. Sa-kira-nya sampai-lah masa-nya ia hendak mengajak engkau
Humor Dalam Sastera Melayu-Islam: Watak-Watak Dalam Hikayat Abu Nawas
13
13
tidor; engkau minta dulu ia berjanji menerangkan bagaimana-kah chara-nya hendak menggunakan tali gantongan itu. Kemudian engkau katakan pada-nya, „Jika sunggoh2 tuan hamba kasehkan hamba ini, chuba-lah menggantongkan diri-tuan hamba barang sa-kejap sahaja pun jadi-lah; kerana sa-umor hidup hamba belum pernah menyaksikan hal yang demikian itu.‟ Sudah tentu ia akan menurut kata-mu itu! Apabila ia sudah melakukan kehendak-mu itu, maka engkau akan Nampak yang kepala-nya terjuntai ka-bawah dan kaki-nya ka-atas. Ketika itu hendak-lah engkau bersunggoh2 dengan kayu pementong62 yang ada di-situ, sa-hingga-lah ia mati. Tetapi sa-belum ia mati jangan-lah engkau berhenti memukul-nya. Maka jikalau sudah ia mati, boleh-lah engkau mengambil segala harta benda menteri itu sa-berapa banyak yang engkau suka; neschaya engkau akan menjadi kaya-lah kelak.”63
e) Kuburan
Dalam Hikayat Abu Nawas dapat dilihat latar tempat kuburan iaitu ketika Abu Nawas selesai menguburkan ayahnya. Lalu beliau berpura-pura gila dengan berlari-lari dari kuburan ayahnya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada batang pisang.
“....di panggilkan-nya kanak2 terlalu ramai di-bawa-nya ka-kubor bapa-nya serta dengan rebana64. Maka di-pukul-nya rebana itu di-atas kubor bapa-nya dan rioh rendah-lah bunyi-nya. Maka sakalian menteri dan ra‟ayat di-dalam negeri itu hairan-lah melihatkan pekerti Abu Nawas yang demikian itu. Apabila Abu Nawas bertemu dengan sakalian menteri itu, maka kata-nya, “Hai menteri, tolong-lah ambilkan kuda-ku ini dan pergi-lah engkau mandikan dia serta beri makan rumput.”65
2. Latar waktu
Dalam Hikayat Abu Nawas yang dikaji, latar waktu yang jelas ditemukan ialah terjadi pada waktu pemerintahan Sultan Harun al-Rashid.66 Menurut Dr. Ismail Hamid, Abu Nawas merupakan anak Parsi yang dilahirkan di Ahwaz antara tahun 747/762 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 813/815 Masihi.67 Namun ada pula yang berpendapat bahawa Abu Nawas meninggal dunia pada tahun 810 Masihi di Baghdad.68 Sepanjang hayatnya, Abu Nawas menghambakan diri kepada Sultan Harun al-Rashid. Dengan ini, kisah Abu Nawas terjadi dalam lingkungan waktu 747-815 Masihi.
Latar waktu seterusnya adalah yang menunjukkan nama hari iaitu hari Khamis dan Jumaat. Pada hari tersebut Sultan Harun al-Rashid telah menyuruh rakyatnya berkumpul keesokan hari setelah selesai solat Jumaat untuk mendengar pengumuman yang tidak boleh diketahui oleh Abu Nawas.
“pada suatu hari Khamis, tatkala Sultan Harun al-Rashid di-hadapi ra‟ayat-nya sa-bagaimana biasa, maka baginda pun bertitah, “Hai sakalian ra‟ayat-ku! Esok sa-sudah bersembahyang Juma‟at, jangan-lah engkau semua kembali pulang dari masjid; sa-belum mendapat perentah dari-ku terlebeh dahulu!”69
62 Kayu pemukul.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 1-20
Kemudian latar waktu yang berlaku apabila Sultan Harun al-Rasgid telah memerintahkan Abu Nawas supaya mencari enam ekor lembu yang pandai berkata-kata dalam tempoh waktu selama tujuh hari. Jika gagal, Abu Nawas akan dihukum bunuh.
“Titah Sultan Harun al-Rashid kapada-nya, “Hai Abu Nawas, aku berkehendakkan enam ekor lembu yang berjanggut lagi pandai berkata2, di-dalam tujoh hari ini juga. Jika dalam tujoh hari ini keenam2 binatang itu tidak dapat engkau bawa ka-mari, neschaya engkau ku-bunoh.”
...Maka sakalian orang pon hairan-lah melihat hal Abu Nawas kerana sa-hari2an ia berada di-dalam rumah-nya hingga-lah lima hari lama-nya. Apabila masok hari keenam-nya ia-itu yang akhir di-janji-kan oleh sultan, baharu-lah Abu Nawas keluar dari-pada rumah-nya lalu ia berjalan menuju ka-pangkalan orang.70
Selain itu, latar waktu yang lain berlaku ketika Abu Nawas telah menjual Sultan Harun al-Rashid kepada seorang Baduwi. Setelah diketahui akan tipu muslihat Abu Nawas itu, Sultan telah memerintahkan rakyatnya supaya mencari Abu Nawas. Abu Nawas telah menghilangkan diri selama tiga hari tiga malam. Kemudian, tugas mencari Abu Nawas diteruskan selama tujuh hari tujuh malam. Namun tidak juga ditemui.
...Tiada berapa lama sa-lepas itu baginda pun menitahkan orang supaya menchari Abu Nawas, titah-nya, “Chari-lah oleh kamu sakalian akan Abu Nawas, barang di-mana ia berada tangkap oleh-mu. Jika dapat bawa-lah dia kapada-ku!”
Maka di-chari-lah oleh orang2 itu tiada-lah mereka bertemu dengan-nya. Kemudian bertanya-lah mereka ka-pada isteri-nya, “Ka-mana-kah pergi-nya Abu Nawas?”
Sahut isteri-nya, “tiada-lah hamba tahu, kerana sudah tiga hari tiga malam ia tiada pulang ka-rumah.”
Sa-telah itu orang2 itu pun menchari pula pada sa-genap kampong, dusun dan lorong dalam negeri Baghdad, sa-hingga-lah tujoh malam tiada juga bertemu dengan-nya.71
Latar waktu selanjutnya ialah pada waktu Abu Nawas diperintahkan oleh Sultan Harun al-Rashid untuk mengajar lembu mengaji al-Quran. Abu Nawas telah memukul lembu tersebut pagi dan petang setiap hari. Sebulan setengah kemudian, sultan memerintahkan rakyatnya supaya datang melihat Abu Nawas dan lembu itu.
“Hanya tiga patah perkataan itu-lah sahaja yang di-ajarkan oleh Abu Nawas berulang2 pada waktu pagi dan petang kapada lembu sultan itu; sambil memukul juga dengan tiada berhenti2. Demikian-lah pekerjaan-nya sa-tiap hari. Dari pagi hingga-lah pukul sa-belas tengah hari dan dari pukul satu hingga-lah pukul lima petang; tiada-lah lain pekerjaan-nya, melainkan mengajar lembu itu mengaji. Oleh sebab itu
Humor Dalam Sastera Melayu-Islam: Watak-Watak Dalam Hikayat Abu Nawas
15
15
Shahadan, sa-telah sampai-lah sa-tengah bulan lama-nya, maka baginda pun menyuroh orang-nya pergi melihatkan pekerjaan Abu Nawas itu. Ada-kah ia dapat mengajar lembu itu atau tidak.”72
3. Latar sosial
Selain latar tempat dan latar waktu, di dalam Hikayat Abu Nawas turut terdapat latar sosial. Latar sosial yang ditemukan ialah kehidupan keluarga Abu Nawas sebagai orang berpangkat atau mmpunyai jawatan yang tinggi dalam kalangan masyarakat iaitu kadhi.73
“Maka ada-lah sa-orang kadhi baginda bernama Maulana. Akan Maulana itu hanya mempunyai sa-orang anak laki2 sahaja yang di-namai-nya Abu Nawas.tidak berapa lama-nya, maka Abu Nawas pun besar-lah.”
Latar sosial seterusnya adalah latar sosial tukang bubur yang menjalankan kehidupan seharian dengan menjual dan menjaja bubur. Hasil dari jualan untuk satu kuali bubur tersebut adalah sebanyak satu dinar.
Selain itu, latar sosial yang dapat dilihat dalam Hikayat Abu Nawas ini adalah kehidupan saudagar samada saudagar dari Kufah mahupun saudagar yang membuat sayembara74. Secara umumnya, saudagar dikenali dengan pedagang yang kaya raya. Manakala latar sosial yang amat berbeza dengan saudagar ini ialah kehidupan orang miskin yang mahu mengikuti sayembara. Mereka sanggup menahan kedinginan demi memperoleh wang bernilai hanya sepuluh ringgit.75
Watak Abu Nawas
Abu Nawas adalah seorang tokoh penyair Arab yang terkenal yang hidup pada zaman Kerajaan Abbasiyah, pada masa pemerintahan Khalifah Harun Amin Al-Rasyid. Nama asalnya ialah al-Hasan bin Hani al-Halim, tetapi dia dikenal dengan julukan Abu Nawas.76 Sebutan namanya yang betul ialah Abu Nuwas. Dia adalah anak Parsi suku Barmaki, dilahirkan dalam tahun 756M/145H di Kampung Kurah di wilayah Ahwaz, Parsi.77 Kemudian, dia telah dibawa oleh ibunya ke Basrah. Di sanalah dia dibesarkan dan berpeluang mempelajari bahasa dan kesusasteraan Arab. Hidupnya mula bersinar apabila berkenalan dengan Walibah bin Habbab, seorang penyair yang gemar menonjol-nonjolkan perkara-perkara kemaksiatan seperti arak dan perempuan di dalam syairnya. Walibah kemudiannya telah membawa Abu Nawas ke kampungnya di Kufah. Abu Nawas tinggal beberapa lama di sana dan bergaul mesra dengan orang-orang Badwi di sana. Di sanalah juga ia dapat mempelajari adat istiadat dan kegemaran orang-orang Arab. Dengan perantaraan Walibah dan penyair-penyair lainnya, Abu Nawas telah mahir dalam pencipt
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 1-20
Kemudian, Abu Nawas di bawa tinggal di kota Baghdad. Namanya mulai terkenal apabila kehandalannya dalam mengarang syair telah sampai ke pengetahuan Sultan Harun Al-Rasyid (berkuasa dari 786M-809M). Dia sering kali dijemput oleh baginda ke istana. Baginda amat berpuas hati dan tertarik dengan syair-syairnya yang mengandungi puji-pujian halus terhadap diri baginda. Pada zaman Khalifah al-Amin,78 sekali lagi Abu Nawas mendapat kedudukan yang istimewa. Syair-syair ciptaannya mengandungi puji-pujian yang penuh berirama dan lucu, kadang-kadang terlalu kasar pula bunyinya sehingga tidak sanggup didengar. Di samping itu Abu Nawas amat cenderong menulis syair-syair sindiran, bersedih hati, nyanyian berkasih sayang dan sebagainya.79 Dalam kebanyakan kisah berkenaan Abu Nawas, dia seorang yang beragama Islam, bersikap jujur dan patuh pada ayahnya.
“.... Abu Nawas juga kembali ka-rumah-nya dengan terlalu amat suka hati-nya lalu ia menguchap shukor kapada Allah, “terlepas-lah aku dari bala ini,” kata-nya. Semenjak hari itu, maka Abu Nawas pun membuat ke-bajikan, ia-itu sa-hari2an mengajar kitab kapada sakalian orang negeri itu; terlalu-lah ramai akan anak murid-nya.”80
Sikapnya yang patuh dan taat kepada ayahnya dengan memegang dan menunaikan wasiat ayahnya sebagaimana terkandung di dalam suatu kisah dalam hikayat Abu Nawas iaitu:
“...Maka berkatalah Maulana kapada anak-nya Abu Nawas itu, “Hai anak-ku! Akan aku ini hampir-lah hendak meninggal-kan dunia ini. Chium-lah oleh-mu akan kedua belah telinga-ku ini.” Sa-telah itu maka Abu Nawas pun segera-lah menchium telinga bapa-nya itu kiri dan kanan. Apabila sudah maka berkata-lah pula bapa-nya, “Hai anak-ku Abu Nawas, dapat-kah engkau menchium bau-nya itu?” Maka kata Abu Nawas, “Dapat-lah juga anakanda menchium bau-nya. Pada sa-belah kanan itu terlalu-lah harum dan yang kiri pula terlalu-lah busok bau-nya.” Kemudian berkata lagi bapa-nya,“....Maka ini-lah hal-nya orang yang menjadi kadhi. Jika anak-ku kelak menjadi kadhi,demikian-lah hal-mu. Oleh itu sa-kira-nya anak-ku tiada suka menjadi kadhi, perbuat-lah sesuatu oleh-mu helah akan diri-mu kapada Sultan Harun al-Rashid. Akan tetapi ta‟ dapt tiada amirulmu‟minin hendak juga men-jadikan engkau kadhi di-dalam negeri ini.”
“...Telah selesai ia menanamkan bapa-nya, maka ia pun kembali-lah ka-rumah-nya dengan mashgul81 yang amat sangat kerana mengenangkan bapa-nya yang bahari mati itu, serta me-mikirkan yang diri-nya sudah tentu akan di-jadikan kadhi oleh sultan bagi menggantikan bapa-nya. Maka tertingat-lah Abu Nawas akan wasiat bapa-nya dan akhir-nya dapat-lah ia suatu akal supaya ia tidak di-berikan pangkat itu oleh sultan. Lalu ia pun membuat kelakuan seperti orang gila laku-nya. Di-ambil-nya sa-kerat batang pisang di-perbuat-nya seperti kuda, lalu di-tunggangi-nya seperti orang me-nunggang kuda dari kubor bapa-nya terus pulang ka-rumah-nya.”82
Selain itu, sifatnya arif bijaksana, suka menolong orang lain, baik orang kaya mahupun orang miskin. Semuanya akan ditolong sesuai dengan
Humor Dalam Sastera Melayu-Islam: Watak-Watak Dalam Hikayat Abu Nawas
17
17
Islam. Sifat ini jelas ditunjukkan dalam sebuah kisah berkenaan seorang saudagar yang terlalu inginkan seorang anak lelaki sehingga bernazar akan sesuatu yang pelik dan tidak tertunai olehnya. Sudah dirujuk kepada sekalian kadhi yang ada namun masih gagal sehingga akhirnya dirujuk kepada Abu Nawas. Abu Nawas membantu menyelesaikan masalah saudagar itu dengan bijaksana seperti teks di bawah:
...“Sa-telah itu teringat-lah saudagar itu akan nazar-nya yang belum di-tunaikan-nya itu; hendak menyebeleh kambing yang besar yang panjang tandok-nya sa-jengkal.83
....“Maka jawab Abu Nawas, “Ya tuanku shah alam, jikalau tuanku suka mendengarkan dan perchaya akan sembah patek, boleh-lah patek menolong tuanku; kerana mudah sahaja pada akal patek bagi menghukumkan-nya. Jangan-lah hendak-nya tuanku bersusah hati. Sekarang ini juga tuanku boleh titahkan saudagar itu dating ka-mari, dengan membawakan anak-nya itu bersama sa-ekor kambing yang besar sa-kali, supaya selesai-lah perkara itu.”84
....“Maka Abu Nawas pun meminta supaya anak saudagar serta kambing itu di-bawa kahadapan-nya. Sa-telah di-bawa ka-hadapan-nya, lalu di-dukong oleh Abu Nawas akan kanak2 itu. Kemudian di-ambil-nya jari tangan kiri kanak2 itu seraya di-jengkalkan-nya ka-tandok kambing itu. Dengan takdir Allah panjang tandok kambing itu betul2 sa-jengkal jari kanak2 itu.”
...“kemudian Abu Nawas pun berdatang sembahm “Ya tuanku shah alam, patek memohonkan ampun terlebeh da-hulu ka-bawah duli shah alam. Ada pun pada hemat patek, masa saudagar itu bernazar dahulu tiada-lah ia berkata; jika aku beroleh anak laki2, aku potong kambing yang besar dan panjang tandok-nya sa-jengkal aku....., melainkan sa-jengkal sahaja. Maka oleh sebab yang di-nazarkan-nya ia-lah anak ini maka jari kanak2 ini-lah juga patek jengkal-kan kapada tandok kambing itu. Dan lagi oleh kerana genap sa-jengkal, jadi boleh-lah kambing ini di-sembeleh untok melepaskan nazar saudagar itu.”85
Dalam kehidupan yang sehari-hari, Abu Nawas mempunyai kehidupan yang cukup unik, terutama setelah ayahnya meninggal. Berbagai-bagai-bagai keunikan itu tidak dimiliki oleh tokoh-tokoh lainnya dalam hikayat ini. Ia menghindari untuk diangkat sebagai penghulu, pengganti ayahnya dengan cara berpura-pura gila. Pada waktu Sultan Harun Al-Rasyid memintanya menjadi penghulu, ia berpura-pura gila. Akibatnya, orang lain yang diangkat menjadi penghulu. Mengetahui hal itu, ia menjadi gembira kerana merasa bebas dari tugas itu.
“Maka Abu Nawas segera berbuat gila akan diri-nya tiada keruan lagi akan perkataan-nya, sambil berjala-lah ia ka-sana ka-mari di-hadapan baginda seraya berkata, “Ya Amirulmu‟minin! Terasi86 itu asal-nya udang.”87
Hatta tersebut-lah akan hal Abu Nawas, makin sa-hari sa-makin membuat gila akan diri-nya. Apabila sampai-lah sa-bulan lama-nya, maka Sultan Harun al-Rashid pun ber-kenan melantek orang lain sa-bagai kadhi.88
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 1-20
Semua masalah yang dibebankan kepadanya diselesaikan dengan baik dan bijaksana, walaupun kadang-kadang menjengkelkan. Raja Harun Al-Rashid sering memberi perintah kepada Abu Nawas sesuatu yang ganjil dan mustahil. Namun, Abu Nawas dapat menyelesaikannya walaupun tidak sampai dilakukannya, seperti menjahit lompang batu atau memindahkan masjid.89
...Maka titah baginda kapada-nya, “Hai Abu Nawas; engkau aku panggil sebab hendak memberitahu bahawa lumpang batu-ku itu telah terbelah dua. Oleh itu, engkau mesti tolong jahitkan sa-mula sekarang juga. Jikalau engkau tiada dapat menjahitkan-nya; nescaya aku jatohkan hukuman bunoh kapada-mu.”
...Sa-telah itu Abu Nawas pun bermohon-lah kembali ka-rumah-nya. Apabila sampai, pergilah ia menchari batu2 kecil yang sa-rupa batu lumpang itu sa-kira2 dapat sa-buah bakul. Pada keesokan pagi-nya, pergi-lah Abu Nawas mengadap baginda. Sa-telah baginda melihat Abu Nawas datang, lalu baginda bertitah kapada-nya, “Hai Abu Nawas, apa benda yang engkau bawa ka-mari ini?”90
Maka sembah Abu Nawas, “Patek bermohon ampun ka-bawah duli tuanku. Patek minta tolong kapada tuanku supaya memintalkan benang daripada batu kechil ini kapada patek; sa-bagai penjahit batu lumpang tuanku yang pechah itu. Patek sendiri tiada tahu membuat benang itu. Insha-Allah! Jika sudah tuanku memintal-nya; boleh-lah patek jahitkan lumpang batu tuanku itu. Akan tetapi jikalau tiada dapat tuanku memintal-nya, mana titah tuanku patek junjong.”
Kemudian titah baginda, “Siapa pula yang tahu dan sanggup memintal batu2 kechil ini menjadi benang?” Lalu di-sahut oleh Abu Nawas, “Ya tuanku: jikalau lumpang batu itu di-jahit dengan benang biasa sahaja, tentu-lah tiada boleh; melainkan batu itu harus di-jahit dengan batu juga, maka baharu-lah boleh menjadi.” Demi di-dengar oleh Sultan Harun al-Rashid akan kata2 Abu Nawas itu, baginda pun terlalu hairan serta diam tiada terkata2 lagi. Kemudian baginda berfikir di-dalam hati-nya, „Ada pun Abu Nawas ini memang-lah bukan sa-barang orang rupa-nya, sunggoh amat bijak dan tinggi akal-nya!‟91
Setelah Sultan Harun Al-Rashid tidak berhasil mengalahkan Abu Nawas, kemudian beliau memerintahkan Abu Nawas menghitung bintang di langit. Selain itu, ia juga menunjukkan letak tengah-tengah dunia. Perintah sultan itu disanggupi oleh Abu Nawas, tetapi ia minta waktu beberapa hari kepada sultan. Sultan mengatakan kalau tidak dapat dilaksanakan, ia akan dibunuh oleh sultan. Beberapa hari kemudian, Abu Nawas datang ke istana sambil memberikan selembar kulit kambing agar sultan menghitung bulu kambing itu. Apabila sultan dapat menghitung bulu kambing itu, pasti sultan tahu jumlah bintang yang ada di langit. Sultan Harun Al-Rashid tidak sanggup menghitungnya. Jika sultan tidak dapat menghitung jumlah bulu kambing ini, bererti Abu Nawas tidak dapat juga menghitung jumlah bintang di langit
Humor Dalam Sastera Melayu-Islam: Watak-Watak Dalam Hikayat Abu Nawas
19
19
Untuk mengetahui letak tempat tepatnya tengah-tengah dunia, Abu Nawas meminta kepada sultan agar ia memerintahkan orang untuk mengukur tanah dari arah utara ke selatan dan dari arah timur ke barat. Namun, Sultan Harun Al-Rashid mengatakan bahawa rakyatnya yang terpandai pun tidak akan mampu. Oleh sebab itu, Abu Nawas sebagai manusia biasa tidak akan mampu pula menunjukkan letak tengah-tengah dunia.
Kecerdikan Abu Nawas ini tidak saja diakui oleh Sultan Harun Al-Rashid, tetapi juga diakui oleh semua rakyat negeri Baghdad. Selain itu, Abu Nawas juga selalu berlaku arif dan tidak mudah emosi dalam menghadapi berbagai-bagai masalah. Walaupun Sultan Harun Al-Rashid mengakui kecerdikannya, beliau tetap saja selalu ingin menguji Abu Nawas.92 Abu Nawas tidak hanya cerdik dalam menyelesaikan masalah, baik yang berkaitan dengan masyarakat mahupun yang berkaitan dengan masalah istana. Ia juga memperhatikan keberadaan semua masyarakat dan lingkungannya. Dia segera membantu di atas kesulitan orang lain. Misalnya, dia membantu memecahkan masalah orang yang mencari kebenaran hukum agama, seperti yang dialami oleh saudagar kaya yang ingin bernazar; membantu memecahkan permasalahan seorang miskin yang ditipu oleh orang kaya; mengadili seorang kepala desa atau menteri yang berbuat sesuatu sewenang-wenangnya terhadap rakyatnya. Dalam usaha membantu seseorang yang mencari kepastian hukum juga, Abu Nawas telah mampu menjelaskan dan kemudian memutuskan permasalahan orang itu sesuai dengan hukum agama.93
Kesimpulan
Humor adalah sesuatu yang penting dan sangat diperlukan oleh setiap manusia. Naluri manusia untuk mencari kegirangan, kesenangan, kegembiraan dan hiburan sejak masih bayi. Namun humor yang dilakukan hendaklah mengikut syariat Islam dan mengikut batas-batas humor dalam Islam. Sebagaimana kisah-kisah yang terkandung di dalam Hikayat Abu Nawas ini mempunyai banyak pengajaran dan teladan di samping aspek humor yang terdapat di dalamnya. Watak utama dalam hikayat ini adalah Abu Nawas. Sifatnya yang arif bijaksana, suka menolong orang, bersikap jujur dan sedikit nakal menjadikan cerita-cerita di dalam hikayat ini menjadi lebih menarik dengan humor-humor yang dilakukannya.
Dengan ini, penulis-penulis dapat menjadikan Hikayat Abu Nawas atau watak Abu Nawas itu sendiri sebagai contoh dalam penulisan mereka yang mendatang. Ini kerana penulisan yang mengandungi unsur-unsur humor akan menarik minat lebih ramai pembaca sekaligus dapat membuka mata masyarakat bahawa kesusasteraan Melayu Islam ini tidaklah membosankan, malah menarik dan menghiburkan.
92 Ibid.,
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2) 2014, 1-20
Rujukan
Ali Ahmad, Kisah-kisah Nabi Yusuf Dalam Kesusasteraan Melayu (Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1999).
Al-Qur‟an dan Terjemahannya (Rasm Uthmani), Al-Qur‟an Darul Iman, (Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd, 2007).
Bpk. Drs. H. Su dadi Mulyono, laman sesawang Wika On-Line, dicapai 22 November 2013, http://wika-online.blogspot.com/2013/01/humor-dalam-islam.html.
Dr. Ismail Hamid, Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama (Selangor; Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd., 2001).
Dr. Ismail Hamid, Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama (Selangor; Longman Malaysia Sdn. Bhd., 1987).
Ismail Abdul Hadi, Kisah Abu Nawas (Kuala Lumpur; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1992).
Ismail Yusoff, Kesusasteraan Melayu Lama Dan Baru (Sintok,Kedah; Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2008).
Jean Sisk dan Jean Saunders, Composing Humor : Twain, Thurber and You (Harcourt Brace Jovonovich, Inc, 1971), 4.
Joseph Yap Yeow Choong, “Rahsia Di Sebalik Humor” (Latihan Ilmiah, Jabatan Penulisan, Universiti Malaya, 1992).
Leonard Feiberg, The Secret of Humor (Printed in the Natherlands, 1987).
Maman Lesmana, Al-Bukhala; Analisis Struktur Teks dan Isi (Depok; Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya, Universitas Indonesia, 2009).
Matlob, Gelombang Sastera (Singapura; Malaya Publishing House Limited, 1962).
Nikmah Sunardjo, Sulistiati dan Amir Mahmud, Struktur Karya Dan Nilai Budaya Dalam Hikayat Pak Belalang Dan Lebai Malang, Hikayat Abu Nawas, Dan Hikayat Mahsyud Hak (Jakarta: Pusat Bahasa Department Pendidikan Nasional, 2000).
Rohayati Binti Saaba, “Unsur Humor Dalam Teks-Teks Sastera Melayu Tradisional” (Latihan Ilmiah, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003).
Rosliza Ismail, “Kesusasteraan Islam: Peranan dan Sumbangan Dalam Pendekatan Dakwah Islamiah Pada Tahap Awal Perkembangan Islam di Tanah Melayu” (Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998).
Siti Aisah Murad, Konsep Nilai Dalam Kesusasteraan Melayu (Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996).
Victor Raskin, “Semantic Mechanisme of Humor” (Dordrech:D. Reidel Publishing Company, 1989).
Wan Hussein Azmi, “Islam Di Malaysia” dalam Tamadun Islam Di Malaysia (Kuala Lumpur; Persatuan Sejarah Malaysia, 1980).
Wan Shamsuddin, Hikayat Abu Nawas, (Kuala Lumpur; Penerbitan Pustaka Antara, 1996).
Yuyun Yuniarsih, “Unsur Humor Dalam Buku „Ibtasim Karya „Aidh Al-Qarni”(Latihan Ilmiah, Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya, Universitas Indonesia, 2011
Rujukan
Ali Ahmad, Kisah-kisah Nabi Yusuf Dalam Kesusasteraan Melayu (Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1999).
Al-Qur‟an dan Terjemahannya (Rasm Uthmani), Al-Qur‟an Darul Iman, (Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd, 2007).
Bpk. Drs. H. Su dadi Mulyono, laman sesawang Wika On-Line, dicapai 22 November 2013, http://wika-online.blogspot.com/2013/01/humor-dalam-islam.html.
Dr. Ismail Hamid, Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama (Selangor; Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd., 2001).
Dr. Ismail Hamid, Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama (Selangor; Longman Malaysia Sdn. Bhd., 1987).
Ismail Abdul Hadi, Kisah Abu Nawas (Kuala Lumpur; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1992).
Ismail Yusoff, Kesusasteraan Melayu Lama Dan Baru (Sintok,Kedah; Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2008).
Jean Sisk dan Jean Saunders, Composing Humor : Twain, Thurber and You (Harcourt Brace Jovonovich, Inc, 1971), 4.
Joseph Yap Yeow Choong, “Rahsia Di Sebalik Humor” (Latihan Ilmiah, Jabatan Penulisan, Universiti Malaya, 1992).
Leonard Feiberg, The Secret of Humor (Printed in the Natherlands, 1987).
Maman Lesmana, Al-Bukhala; Analisis Struktur Teks dan Isi (Depok; Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya, Universitas Indonesia, 2009).
Matlob, Gelombang Sastera (Singapura; Malaya Publishing House Limited, 1962).
Nikmah Sunardjo, Sulistiati dan Amir Mahmud, Struktur Karya Dan Nilai Budaya Dalam Hikayat Pak Belalang Dan Lebai Malang, Hikayat Abu Nawas, Dan Hikayat Mahsyud Hak (Jakarta: Pusat Bahasa Department Pendidikan Nasional, 2000).
Rohayati Binti Saaba, “Unsur Humor Dalam Teks-Teks Sastera Melayu Tradisional” (Latihan Ilmiah, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003).
Rosliza Ismail, “Kesusasteraan Islam: Peranan dan Sumbangan Dalam Pendekatan Dakwah Islamiah Pada Tahap Awal Perkembangan Islam di Tanah Melayu” (Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998).
Siti Aisah Murad, Konsep Nilai Dalam Kesusasteraan Melayu (Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996).
Victor Raskin, “Semantic Mechanisme of Humor” (Dordrech:D. Reidel Publishing Company, 1989).
Wan Hussein Azmi, “Islam Di Malaysia” dalam Tamadun Islam Di Malaysia (Kuala Lumpur; Persatuan Sejarah Malaysia, 1980).
Wan Shamsuddin, Hikayat Abu Nawas, (Kuala Lumpur; Penerbitan Pustaka Antara, 1996).
Yuyun Yuniarsih, “Unsur Humor Dalam Buku „Ibtasim Karya „Aidh Al-Qarni”(Latihan Ilmiah, Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya, Universitas Indonesia, 2011
Tidak ada komentar:
Posting Komentar